Want your
own Fotopage?







 
World of AiraAish

By: AiraAish Eid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 29-Dec-2008 12:19 Email | Share | | Bookmark
PD Trip

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 42 photos...

fuyoo...canteknye rambut aish....tinggi tuuu...eheheheh....beso dh dia ekk...cepat je dah 2 taun n setaun anak ko ek... Fri 13-Feb-2009 06:02
Posted by:Ibu Hanie  - [Link]
Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 04:43 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 19 :: Aish - Month 7

 
 
 
 
 
 
View all 31 photos...
bulan nih tak banyak gambar.

aira pi rosakkan henset ibu. terpaksa la 2 minggu henset masuk workshop.

bulan nih birthday babah. so, pi celebrate kat secret recipe. makan-makan je la..

aish takde skill baru bulan nih. masih lagi meniarap guling-guling..

aira dah few words jugak tambah dalam vocab dia.

"mak" = dia akan sebut bila nak panggil sape-sape aje..
"babah" = kalau nampak orang lelaki berjambang.
"iyyaakk" = kalau nampak sebarang benda berwarna hitam. sebab taik aira kale gelap. resembles taik dia la tuh. nampak kicap pun dia "iyyaakk" kan jugak.
"kongkong" = aira halau anjing.
"aaoo" = kucing. itu bunyik "miaow" sebenarnye.
"tutu" = bila nak apape nak masuk dalam mulut. susu, puting, biskut, roti, dan sebangainya.
...
..
.

yang selebihnya, masih dalam observation ibu babah la. tak tentu butir sket aira nih bila bercakap. ntah apape bunyik..


o yea.. bulan nih aira pi potong rambut. tuh cam bulat je muka dia..

hihi camat ari raya maap zhr batin ..punye la belated aku neh! anyway dah nak dekat raya aji dahh x buat open house tumbang lembu ke this year? Wed 5-Nov-2008 06:08
Posted by:Mai  - [Link]
dah lama tak berfp ke beb?
aku tag ko, sila ke blog aku k
Mon 24-Nov-2008 04:18
Posted by:syudz  - [Link]
Add comment


Thursday, 31-Jul-2008 15:45 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 18 :: Aish - Month 6

 
 
 
View all 54 photos...
bulan ni aish kena demam campak.. errmm.. ibu not sure which is which.. tapi nih demam yang naik merah-merah seluruh badan. bukan yang ada air tuh..

kesian ya amat la masa dia nak start demam. serba-serbi tak kena. mula-mula, ibu macam heran la jugak.. apasal laa kepala aish nih panas sangat! tapi badan dia tak panas pun. biasa je. kepala je panas sampai rasa bahang. kat muka dia ada kawasan jadik merah-merah..

hrrmm..

esok tuh, bawak la pi jumpa dokter charles kat klinik salak. indeed, aish demam panas. suhu 38.4. lepas tuh tunjuk dokter muka dia merah-merah tuh, dokter cakap..

"uu.. takde apape.. takde apape.. not to worry good girl.. uu.. good dirl ya.. good girl"

ish ish ish..

serius ibu memang panas ati sket dengan dokter charles neh. dia punye cakap dah la tak butir. lepas tuh, semedang je kalau consult dengan dia, dia akan diagnos "takde apape.. takde apape.."

kalau takde apape, kejadahnye muka aish tuh merah? siap demam panas.. takde apape..? nak kena bakar jugak dokter neh..

lepas setel kat klinik, kasik ubat kat aish, menjelang petang, naik la merah-merah kat belakang badan. aish dah tak selesa agaknya, asek merengek je la. badan pun dah panas membara-bara. shian betul baby ibu neh..

esok tuh pulak, ha..!

abihla naik merah-merah tu seluruh badan. demam pulak dah kurang skit. agaknye nak menaikkan merah-merah tuh kot yang sampai demam panas tuh.

berlumur la aish dengan calamine lotion untuk selama 2-3 hari jugak. bercapuk-capuk dari kepala sampai ke kaki. tapi masa nih dah tak banyak ragam dah. dah boleh main pun dengan merah-merah melata satu badan tuh.

dekat seminggu jugak la ambik masa untuk heal sepenuhnya.

bila dah baik, lega betul sume orang.

aa.. citer si aira pulak..

bulan nih ada satu eksiden.

aira nih kan buas. eksiden tuh selalu. jatuh guling-guling takde hal dah la..

tapi yang kali ni, memang buat cemas.

satu malam nih, ibu kat peti sejuk, nak ambik bubur opah masak siang tu. tak perasan yang aira nih dok mengekor kat belakang. ibu biarkan peti sejuk tuh bukak, toleh belakang kejap ambik mangkuk bubur. masa ibu toleh balik ke peti sejuk, tengok aira tengah angkat botol kaca opah simpan cili mesin dia.

"airaa..! letak baliiikk..!!"

PANG!

aira terkejut! ibu terkejut!

berkecah cili tumpah dengan kaca pecah berselerak atas lantai dapo tuh.

aira angkat kaki nak lari, tapi sebab licin, dia terjatuh atas serpih-serpih kaca yang bertabur tuh.

"airaa..!!"

ibu jerit, tapi kaku je berdiri.

nasib baik la mokcu aira datang, terus angkat aira bawak masuk bilik air.

"kak long, ambik air satu baldi, curah je lantai.."

dengar opah kasik arahan, baru la ibu bergerak. bertungkus lumus la mencuci lantai malam tuh, mengutip sisa-sisa kaca.

yang herannya..

dalam bilik air buleh dengar suara aira terkekek-kekek main air dengan mokcu..

he??

"tangan dia berdarah. dua-dua!"
"teruk ke..?"
"menitik-nitik, tapi pesakit sedang terkekek-kekek gelak.. susah nak cakap la kak long.."

he??

bila mokcu dah cuci luka tangan aira, ibu pi tengok condition dia.

woo.. ada 3-4 luka kat dua-dua tapak tangan dan jari. ada satu luka nampak cam dalam sikit, tapi cam tak la serius.. letak burnol, balut dua-dua tangan aira. itu yang dalam gambar last tuh..

bila dah balut, si aira pun kecoh la dengan tangan baru dia. siap boleh posing amek gambar.

"aira, tangan sakit?"
"fuh.. fuh.."

sambil tiup tangan berbalut..

hiiyy..

Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sun 7-Sep-2008 03:02
Posted by:The owner
salam.. feel free to visit us at http://inlove2it.blogspot.com/ tq Sun 7-Sep-2008 05:03
Posted by:ms love  - [Link]
>> nicely done... Sun 7-Sep-2008 14:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Monday, 30-Jun-2008 10:59 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 17 :: Aish - Month 5

 
 
 
View all 79 photos...
bulan harijadi ibu.. ada shots kat sofa merah tuh, masa babah belanja "makan besar" kat secret recipe. oleh sebab there is just 4 of us, takla bape makan besar sangat. aish dengan aira banyak susu lagi dari makan.

bulan nih, pertama kali aish demam panas. ingatkan nak tumbuh gigi. kalau tumbuh, memang hebat la. beat aira by one month tapi, bila ibu raba-raba gusi dia, kosong la pulak.. cheh.. main-main orang punya feeling.

rasanya demam nak dapat suara. sebab lepas dia baik demam, rumah dah add-on satu suara, memekak-memetir selagi mata dia celik. naik pening la kepala duduk kat umah skang neh. aish asek nak "menyanyi" jek. suara jenih besar pulak tuh. bila dia nangih mintak susu, kadang sampai ibu terpikir,

"apa ke hal laki aku meraung-raung nih..?"

aish bersuara besar. aira kecik sket. tuh kalau aish nak start enjin meraung, ibu babah dah berkejar ke dapo bancuh susu. (biasanya babah yang lari). karang, aish dah meraung masuk gear 5, abeh satu taman dengar kang..

kakak dah pandai sebut :

"kakak"
"dog"
"ho.." (hello)
"jotoo" (jatuh)
...
..
.

tak ingat dah ibu. "dog" tuh akan merujuk kepada sebarang jenis haiwan, termasuk kucing, lembu, kuda, beruang, ayam, buaya dan sebagainya.



aira jugak dah makin nakal sekarang. sejak belajar menjelir lidah, pantang dia tak puas hati je dengan sape-sape, dia "uwek" la orang tuh. rasa nak jentik je lidah dia tuh la..

Hi! Selamat menjalani ibadah puasa kepada semue umat islam.
Jika anda sedang mencari aksesori yg menawan untuk dipakai di hari raya, silalah ke http://beadsnlaces.fotopages.com untuk melihat aksesori crystal swarovski.
Tq…
Sat 6-Sep-2008 08:57
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com
Add comment


Saturday, 31-May-2008 00:03 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 16 :: Aish - Month 4

 
 
 
View all 95 photos...
errmm..

gambar yang awal-awal, kebanyakannya masa kat dungun. bawak budak-budak balik kampung babah. lebih kurang 4 hari jugak la rasanya. first time for aish, 2nd for aira. ye.. kitowang sangat jarang balik kampung. sebab 2 tahun berturut-turut ibu pregnant.

aira memang sangat suka main kat pantai. tapi tak pernah ajar pi pijak air laut lagi. takut dia meraung takmo mendarat kang, susah ibu babah nak handle. aish memula cam blur jugak sebab dia sangat jarang kelua dari umah. tengok matahari pun jarang-jarang. hahaha! puteri lilin sungguh. tapi, cepat je dia adapt dengan suasana pantai yang berpasir dan berangin, jugak sedikit berbahang.

balik dungun, menyaksikan satu skill baru aish.. dia mula meniarap pada hari kedua kitowang di kampung. hulala..!

tapi dia cuma tau nak meniarap, dan melalak bila nak menelentang balik. hehehe..

selain dari itu, takde skill baru. cuma gigi aira semakin bertambah la rasanya. baru arituh, cam berbulanm dulu, gigi dia ada 8 batang jek, skang cam dah tumbuh dengan geraham2 sekali.

cepat sungguh tumbesaran gigi dia..

aira masih maintain at 10kg.. tak naik-naik since januari tahun ni. bagi makan banyak pun, berat maintain jek. tak naik-naik. doc kata takpe sebab aira budak yang sangat aktif. doc pun tengok sendiri bila aira dok sibuk nak menyelongkar, memanjat, berlari lintang pukang dalam bilik dia..

asalkan sihat, dah laa..



aduhaiiii.. geramnya tengok pipi dia....
kalu la tercapai den tangan.. isk isk isk.. geram betul la...siap ketawa2 lagi tu ha..
Wed 27-Aug-2008 01:13
Posted by:watie  - [Link]
>> nicely done... Wed 27-Aug-2008 18:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Comeinya dia... Thu 28-Aug-2008 00:12
Posted by:alchemist  - [Link]
Add comment


Wednesday, 30-Apr-2008 09:59 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 15 :: Aish - Month 3

 
 
 
View all 63 photos...


cepatnya budak-budak nih membesar..

macam tak menyempat-nyempat je..

aish sekarang dah pandai agah-agah orang. yee.. orang tak payah susah-susah nak agah dia. kalau mood dia bagus, dia yang akan tegur dulu, dan tersengih-sengih..

aira pulak dah macam syok nak main dengan aish. dia suka datang kissing-kissing bay-beeh dia. hingga akhirnya kissing dia nampak macam satu gomolan dalam perlawanan wrestling.. so, terpaksa ibu babah leraikan.

lagu pebret aira skang, ialah iklan ho-ho-ho-holicks dengan oligo koko. dia akan berjoget-berpusing-melompat sekeliling ruang tamu umah sampai berdebuk-debuk jatuh ke lantai, tapi tetap tak putus asa. jatuh, terus bangun ulang rutin berjoget-berpusing-melompat. sampai puas..

aira jugak dah mula menunjukkan sikap budi bahasa yang pertama. kalau dia ambik apape dari tangan orang, dia akan sebut "ceehh..", yang mana kitowang assume is "terima kasih". contoh,

ibu: kakak, nak amek susuu..!!
aira: ceehh.. (sambil senyum-senyum)

good girl kan..?? pandai ibu ajar?? eh taakk.. ntah mana-mana dia kutip sikap budi bahasa tuh. ibu tak sempat ajar pun.. in fact, ibu bukan la jenih orang yang selalu nak ucap terima kasih pun. tapi bila aira dah selalu sebut-sebut neh, ibu pun belajar la jugak nak ucap terima kasih selalu.

ibu pun nak jadik good girl jugak..


cute mute je kan budak2 neh kan ..kekadang bende yg kita tak ajar pon derang tau ..cam anak aku tu tiba2 je baca doa terkumat kamit2 masa lepas azan siap tadah tangan hahahha..maybe TV yg ajar ..btw ko nilai mana?aku keje le sayang~~ kat cyberjaya ..tak kerje kang duk rumah mati kutus Tue 13-May-2008 10:53
Posted by:Mai
eh neh no mobile aku zero ichi kyu kyu nana hachi kyu yon yon san.nanti tembak le no ko kat aku ek Thu 15-May-2008 10:21
Posted by:mai
azil...no. hp dah registered dlm keitai aku...zannen des ga keitai aku plak baru kiokkk..tunggu aku beli baru ekk ..gaji tak masuk lagi beb ..tensen tol keitai Ng! Sun 25-May-2008 15:12
Posted by:mai
Add comment


Monday, 31-Mar-2008 14:10 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 14 :: Aish - Month 2

 
 
 
View all 49 photos...
aiyoo..!!

lama gile tak apdet, jenuh jugak nak recall citer 2 bulan lepas..

ringkas jek..

aira dah buley la sebut babah. ibu?? ntah bila la agaknye..

aish pulak still gitu lagi. tak banyak perkembangan. suka senyum sorang-sorang pandang ke lampu. kata opah "kakak dia datang main..". dialog sama masa aira tengah zaman senyum-sorang-pandang-lampu jugak.. hisshh.. cam mengarut jek azil rasa. cam horror.. ada plak "kakak" bebudak neh..

aira skang nih dah menunjukkan ciri-ciri seorang bibik berkaliber.

pantang nampak penyapu, sure dia akan menyapu walau entah ke mana sampah disapunya. nampak kain je, dia akan buat aksi menyidai ke, atau melipat kain. kadang-kadang, datang peningnya, dia ambik handkerchief aish, bentang elok-elok, pastu hampar atas muka si aish tuh.. mencungap-cungap budak kecik tuh mintak oksigen..

aira pun skang takleh aa kalau layan aish sorang. sure dia akan menyempit, mecelah nak get involved. suka jadik center of attraction. macam-macam la muka chumel dia buat nak beli perhatian orang. kalau dah geram sangat, kadang dia debik je aish. biar orang tengok dia plak, kot.. nak taknak, terpaksa jugak la ibu babah "babab" aira..

err.. paling cepat naik tangan, ibu la.. tapi jarang budak aira nih nak nangeh.. ala-ala pantang maut sebelum ajal. babab dia sekali, 2 kali dia babab ibu balik. bebel kat dia satu ayat, satu novel dia bebel balas balik..

tapi marah kot mana pun, kalau panggil jek, "meh shini manja ibu..", meleleh-leleh air lur datang menyembah ibu balik..

muahahahaha..!!


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Sat 10-May-2008 04:59
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
nilai ek?dekat dah tu ..leh buat lawatan cik peah ke rumah ko hehehe..id ym tadak ke mek?? Sun 11-May-2008 23:11
Posted by:Ibu payih
bambam nyer budak aish ni.... sodap kalo dibabap Mon 12-May-2008 00:03
Posted by:madoct
View all 4 comments Add comment


Thursday, 28-Feb-2008 03:20 Email | Share | | Bookmark
Aira - Month 13 :: Aish - Month 1

 
 
 
View all 74 photos...
aish dah sebulan.. aira dah 13 bulan..

aish dah mula bukak mata sepet dia.. tak dapat besar mana pun.. bukaan mata paling besar, adalah semasa dia lapar. makin lapa, makin besar mata dia bukak.

aira plak, kadang-kadang dia nak layan "bay-beehh", kadang dia buat dunno jek.. agaknye sebab "bay-beehh" tak kasik respon sangat kalau dia agah.. tuh yang cepat bosan tuh..

ada beberapa kes salah paham aira - aish.. aira neh, oleh sebab selama nih dia sowang je baby yang ada kat umah, so sebarang benda berunsurkan baby, contoh; botol susu, puting, bantal baby, mittens & booties, adalah seharusnya kepunyaan dia. tapi bila ada aish, dan dia nampak aish yang guna sume mende-mende tuh, dia rasa tak patut. maka akan jadik la kes seperti, dia rampas bantal aish masa ibu tengah salin lampin aish. "bedebuk" kepala aish terhentak ke lantai. ada jugak masa yang dia akan tarik je botol susu aish masa budak tuh tengah bersungguh-sungguh menyonyot susu. dah la tarik, terus sumbat ke mulut dia pulak.. menjerit-jerit laa ibu nih suh pulang balik. dan tak cukup langkah la si aira lari membawak botol kidnap dia. chiiss..

aish..? dia blur gitu jek.. tapi mulut nyonyot-nyonyot lagi neh. muka redha sungguh anak ibu sowang neh. kalau ibu dah tak lalu sangat nak kejor aira, ibu ganti la balik susu aish tuh, kasik breastfeed dia..

aira skang dah perasan kot yang perhatian dah kurang sket ke dia. membuatkan banyak onar yang dia cuba cipta. sudahnya, ibu dengan aish skang dah balik umah tinggalkan aira duduk dengan opah. opah dia je lalu nak manjakan dia. ibu banyak nak menyebat dari nak manjakan..

bulan nih tak banyak gambar aira sebab itulah.. dia tak tinggal sama ibu. sehari jumpa sejam pun tak sampai. kalau opah bawak dia dinner ke umah ibu, jumpa la sekejap masa slot akasia tv3, cerita BELLA tuh..

kesian ke babah, dia slalu rindu ke aira.. tapi ibu dalam pantang lagi. tak lalu nak attend dedua orang serentak..

aira still takley nak panggil ibu dengan babah lagi.. tapi dia ley panggil "bay-beehh" walau dalam tedo.

aira dah bley pukul orang. dia imitate ibu.. sebab ibu je rajin pukul dia. sampai babah dengan opah dah marah-marah. rajin sangat pukul anak.. skang nih, kalau pukul aira, dia akan datang balik dan marah-marah sambil pukul-pukul ibu..

huhuhu.. salah ibu.. train mende yang tidak-tidak.. tapi kalau ibu tak pukul, sape lagi..? nak harap babah..? nak harap opah..? takde mana maunye.. pukul stakat kasik aira tuh gelak-gelak jek..

aish plak..

skang nih masih banyak menghabiskan masa dengan tido. kadang-kadang dia senyum sorang-sorang. aish seorang baby yang agak susah nak senyum, so bila dia senyum, memang nampak benor kechumelan dia. huhuhu..

tapi dalam tido pun, aish suka perform aksi tedo yang besh-besh..


Azil, comelnye Aira and Aish..

Tapi apsal susah naa nak menyebut nama anak2 ko ni?? Tergeliat lidah aku!!
Thu 17-Apr-2008 21:44
Posted by:nurulqma  - [Link]
Add comment


Thursday, 14-Feb-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark
Kakak 'n' Bay-Beehh

 
 
 
View all 7 photos...
aira dah masuk umo setahun sebulan. dah pandai berjalan hoyong-hayang, dah pandai makan french fries sendiri walaupun dengan tangan kiri, dah pandai menyembang ntah-apape-bunyik..

harapan besar ibu babah nak mendengar aira sebut "buu" ke, "babah" ke.. aira kadang-kadang sebut "bababababa", tapi bukan bermaksud ke babah dia.. so, kita consider dia tak reti panggil babah dia lagi. sama cam ibu. dia tak sebut pun "bububu" or "mama" ke.. either way is fine for me..

TAPI!

when it comes to aish.. aira akan panggil dia,

"BAY-BEEHH.."



yea.. dulu ibu babah slalu tunggu aira nak panggil sape dulu, ibu ke babah? untuk berlaku adil, dia panggil adik dia dulu..

"BAY-BEEHH.."

aira nampak comeiii sgt masa main2 ngan bay-beehh...seorang kakak yg tomeiiiiiii....suke anty ngk...
kakak comel dan adik montel.....

gambo aira tgh tido sebelah adik dia tu nampak cute la sgt sgt....
Thu 14-Feb-2008 09:16
Posted by:--- YaTiE@Ibu Hanie ---  - [Link]
huhuhu..

apa lagi yatie..? takmo chousen "adik" hanie plak ke..?

Fri 15-Feb-2008 09:14
Posted by:ibu aira.aish
errkkk....挑戦 "adik"??? どうかなあ。。
まだ先のことかも。。。
Wed 5-Mar-2008 11:05
Posted by:--- Ibu Hanie---  - [Link]
Add comment


Wednesday, 13-Feb-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
Syud punye tagged..!

WHAT IF.....???

1. If you can turn back time,when it will be?
1979.06.07.. wanna start life from zero so i could fix my mess.

2. If you can undo things, what it will be?
undo every shit i pooped, everywhere, unaware..

3. If you could go anywhere in the world,where it'll be?
err.. hamamatsu, i s'pose..

4. If you could see anyone,everyone...who do u want to see/meet?
hrrmm.. who ek..? can comic character be included..?

5. If you have one wish,what it will be?
err.. one toyota WISH, perhaps..

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.